ENG | BM
  •    
  • LOG MASUK
  •    
  • DAFTAR

GP ​/ Klinik Pakar​
●   Model Vaksinasi ●   Keperluan ●   Process Pendaftaran ●   Kadar Bayaran​
Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori
●   Model Vaksinasi ●   Keperluan ●   Process Pendaftaran​ ●   Kadar Bayaran​
Healthcare Organiser (HCO)
●   Model Vaksinasi ●   Keperluan ●   Process Pendaftaran​ ●   Kadar & Bayaran​
Non-Governmental Organization (NGO)
●   Model Vaksinasi ●   Keperluan ●   Process Pendaftaran​ ●   Kadar & Bayaran​
Soalan Lazim Hubungi Kami
Soalan Lazim Hubungi Kami Log Masuk Daftar


ENG BM

   


PENDAFTARAN PENGAMAL PERUBATAN SWASTA DAN
NGO KESIHATAN UNTUK PROGRAM IMUNISASI COVID-19 PICK KEBANGSAAN

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan merupakan program besar-besaran nasional oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk memberi imunisasi kepada populasi di Malaysia terhadap virus COVID-19 yang telah menjangkiti lebih 300,000 populasi di negara ini dan meragut lebih 1,000 nyawa di seluruh negara.


Program ini dilaksanakan dengan tiga fasa untuk kumpulan sasaran yang berbeza.

FASA 1 (Februari - April 2021) akan melibatkan kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan.

FASA 2 (April - Ogos 2021) akan melibatkan baki petugas barisan depan, warga emas (berumur 60 tahun ke atas), kumpulan berisiko tinggi dengan penyakit kronik dan orang kurang upaya (OKU).

FASA 3 (Mei 2021 - Feb 2022) akan melibatkan baki penduduk yang berumur 18 tahun ke atas dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang berada di zon merah. Untuk mencapai imuniti kelompok, ianya penting untuk 23 juta rakyat di Fasa 2 dan 3 diberi vaksin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melantik ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sebagai pelaksana penglibatan Pengamal Perubatan Swasta dan NGO Kesihatan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). KKM akan memerlukan bantuan Pengamal Perubatan Swasta dan NGO Kesihatan untuk PICK bagi Fasa 2 dan 3 melalui ProtectHealth.

ProtectHealth adalah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, yang ditubuhkan di bawah KKM. ProtectHealth merupakan syarikat tidak berasaskan keuntungan yang menyelaras, mentadbir dan menguruskan inisiatif yang berkaitan dengan pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan sepertimana diamanahkan oleh KKM.

Pelantikan ProtectHealth sebagai pelaksana penglibatan pengamal perubatan swasta dan NGO kesihatan dalam PICK adalah berdasarkan pengalaman dan keupayaan ProtectHealth dalam mendaftar, menyelaras, memantau dan menguruskan pembayaran kepada pengamal perubatan am swasta bagi Skim PeKa B40.


BUTIRAN PENYERTAAN


GENERAL PRACTITIONER / KLINIK PAKAR

  • Model Vaksinasi
  • Keperluan
  • Proses Pendaftaran
  • Kadar Bayaran

Keperluan Am

  • Klinik berdaftar dengan Akta 586 (Akta Kemudahan & Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998)
  • Klinik mesti mematuhi Manual Vaksinasi ProtectHealth
  • Klinik mesti menjalani latihan khusus vaksin COVID-19 yang akan diberikan
  • Klinik dikehendaki mempunyai peranti IT yang sesuai dengan akses internet untuk pengesahan vaksinasi
  • Klinik dikehendaki menggunakan sistem yang ditentukan oleh KKM untuk program vaksinasi (MyVAS & sistem ProtectHealth)
  • Klinik mesti memakai PPE yang sesuai semasa vaksinasi
  • Klinik diperlukan untuk menjalankan perkara berikut:
    • Pra-penilaian penerima vaksin
    • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
    • Mengendalikan vaksinasi
    • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following Immunisation (AEFI)

MODEL Vaksinasi di Klinik
KEPERLUAN KHUSUS
  • Klinik dikehendaki mempunyai bilangan kakitangan perubatan dan bukan perubatan yang terlatih dengan secukupnya
  • Klinik mesti menyediakan peralatan kecemasan yang sesuai untuk menguruskan kes kecemasan yang berkaitan dengan vaksinasi COVID-19
  • Klinik dikehendaki mempunyai peralatan cold chain yang betul seperti cold box, electronic temperature data logger dan pharmaceutical fridge (2-8°C)
  • Klinik diminta untuk membuat pesanan (order) dan mengambil vaksin dari kemudahan KKM yang terdekat.
MODEL Vaksinasi di Klinik
PENERANGAN Pengendalian vaksinasi di klinik. Melaksanakan community outreach di institusi seperti rumah orang tua, kilang, pejabat, kawasan luar bandar.
SKOP KERJA
  • Pra-penilaian penerima vaksin
  • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
  • Mengendalikan vaksinasi
  • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following Immunisation (AEFI)


Vaksinasi di Klinik
RM19 per dos yang diberikan

Pembayaran akan dibuat ProtectHealth ke akaun bank yang diberikan semasa pendaftaran.


Sekiranya GP / Klinik Pakar anda berminat untuk turut serta, daftar sekarang:


Untuk maklumat lanjut atau soalan:


HOSPITAL SWASTA / PUSAT PENJAGAAN AMBULATORI

  • Model Vaksinasi
  • Keperluan
  • Proses Pendaftaran
  • Kadar Bayaran

Keperluan Am

  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori berdaftar dengan Akta 586 (Akta Kemudahan & Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998)​​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori mesti mematuhi Manual Vaksinasi ProtectHealth​​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori mesti menjalani latihan khusus vaksin COVID-19 yang akan diberikan​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori dikehendaki mempunyai peranti IT yang sesuai dengan akses internet untuk pengesahan vaksinasi​​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori dikehendaki menggunakan sistem yang ditentukan oleh KKM untuk program vaksinasi (MyVAS, VMS & Sistem ProtectHealth)​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori mesti memakai PPE yang sesuai semasa vaksinasi​​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori diperlukan untuk menjalankan perkara berikut:
    • Pra-penilaian penerima vaksin
    • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
    • Mengendalikan vaksinasi
    • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following Immunisation (AEFI)
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori dikehendaki mempunyai bilangan kakitangan perubatan dan bukan perubatan yang terlatih dengan secukupnya
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori mesti menyediakan peralatan kecemasan yang sesuai untuk menguruskan kes kecemasan yang berkaitan dengan vaksinasi COVID-19​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori dikehendaki mempunyai peralatan cold chain yang betul seperti cold box, electronic temperature data logger dan pharmaceutical fridge (2-8°C)
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori diminta untuk membuat pesanan (order) dan mengambil vaksin dari kemudahan KKM yang terdekat.​​​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori diharuskan memiliki ruang yang mencukupi bagi penerima vaksin untuk menunggu dan diperhatikan setelah menerima vaksin mengikut syarat penjarakan fizikal.​​​

Vaksinasi di Hospital / Pusat Penjagaan Ambulatori

Skop Kerja

  • Pra-penilaian penerima vaksin
  • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
  • Mengendalikan vaksinasi
  • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following Immunisation (AEFI)


Bayarannya adalah RM19 setiap dos yang diberikan.​

Pembayaran akan dibuat oleh ProtectHealth ke nombor akaun bank yang diberikan semasa pendaftaran.​


Sekiranya Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori anda berminat untuk turut serta, daftar sekarang:


Untuk maklumat lanjut atau soalan:


HEALTHCARE ORGANISER (HCO)
  • Model Vaksinasi
  • Keperluan
  • Proses Pendaftaran
  • Kadar Bayaran

Keperluan

  • HCO berdaftar dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau bersamaan/setaraf.
  • HCO orang yang bertanggungjawab (PIC) mestilah doktor perubatan.
  • HCO mesti mematuhi Manual Vaksinasi ProtectHealth​​
  • HCO mesti menjalani latihan khusus vaksin COVID-19 yang akan diberikan​
  • HCO dikehendaki mempunyai peranti IT yang sesuai dengan akses internet untuk pengesahan vaksinasi​​
  • HCO dikehendaki menggunakan sistem yang ditentukan oleh KKM untuk program vaksinasi (MyVAS, VMS & Sistem ProtectHealth)​
  • HCO mesti memakai PPE yang sesuai semasa vaksinasi​​
  • HCO diperlukan untuk menjalankan perkara berikut:
    • Pra-penilaian penerima vaksin
    • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
    • Mengendalikan vaksinasi
    • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following Immunisation (AEFI)
  • HCO dikehendaki mempunyai bilangan kakitangan perubatan dan bukan perubatan yang terlatih dengan secukupnya
  • HCO mesti menyediakan peralatan kecemasan yang sesuai untuk menguruskan kes kecemasan yang berkaitan dengan vaksinasi COVID-19​
  • HCO dikehendaki mempunyai peralatan cold chain yang betul seperti cold box, electronic temperature data logger dan pharmaceutical fridge (2-8°C)
  • HCO diminta untuk membuat pesanan (order) dan mengambil vaksin dari kemudahan KKM yang terdekat.​​​
  • HCO diharuskan memiliki ruang yang mencukupi bagi penerima vaksin untuk menunggu dan diperhatikan setelah menerima vaksin mengikut syarat penjarakan fizikal.​​​

MODEL PPV Integrasi/ PPV Industri
PENERANGAN Mengendalikan vaksinasi di PPV yang ditetapkan.
Skop Kerja
  • Pra-penilaian penerima vaksin
  • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
  • Mengendalikan vaksinasi
  • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following Immunisation (AEFI)


Bayarannya adalah RM19 setiap dos yang diberikan.​

Pembayaran akan dibuat oleh ProtectHealth ke nombor akaun bank yang diberikan semasa pendaftaran.​


Sekiranya HCO anda berminat untuk turut serta, daftar sekarang:


Untuk maklumat lanjut atau soalan:


NGO KESIHATAN
  • Model Vaksinasi
  • Keperluan
  • Proses Pendaftaran
  • Kadar Bayaran

Keperluan Am

  • NGO berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966 atau bersamaan/setaraf.
  • NGO orang yang bertanggungjawab (PIC) mestilah doktor perubatan
  • NGO mesti mematuhi Manual Vaksinasi ProtectHealth​​​
  • NGO mesti menjalani latihan khusus vaksin COVID-19 yang akan diberikan
  • NGO dikehendaki mempunyai peranti IT yang sesuai dengan akses internet untuk pengesahan vaksinasi​​
  • NGO dikehendaki menggunakan sistem yang ditentukan oleh KKM untuk program vaksinasi (MyVAS, VMS & Sistem ProtectHealth)​​
  • NGO mesti memakai PPE yang sesuai semasa vaksinasi​​​​
  • NGO diperlukan untuk menjalankan perkara berikut:
    • Pra-penilaian penerima vaksin
    • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
    • Mengendalikan vaksinasi
    • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following Immunisation (AEFI)
  • NGO dikehendaki mempunyai bilangan kakitangan perubatan dan bukan perubatan yang terlatih dengan secukupnya
  • NGO mesti menyediakan peralatan kecemasan yang sesuai untuk menguruskan kes kecemasan yang berkaitan dengan vaksinasi COVID-19​
  • NGO dikehendaki mempunyai peralatan cold chain yang betul seperti cold box, electronic temperature data logger dan pharmaceutical fridge (2-8°C)​
  • NGO diminta untuk membuat pesanan (order) dan mengambil vaksin dari kemudahan KKM yang terdekat.​​
  • NGO diharuskan memiliki ruang yang mencukupi bagi penerima vaksin untuk menunggu dan diperhatikan setelah menerima vaksin mengikut syarat penjarakan fizikal.​​​

MODEL Vaksinasi di fasiliti/vaksinasi di luar fasiliti
Keperluan Mengendalikan vaksinasi di fasiliti/ vaksinasi di luar fasiliti.
Skop Kerja
  • Pra-penilaian penerima vaksin
  • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
  • Mengendalikan vaksinasi
  • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following (AEFI)


Bayarannya adalah RM19 setiap dos yang diberikan.​

Pembayaran akan dibuat oleh ProtectHealth ke nombor akaun bank yang diberikan semasa pendaftaran.​


Sekiranya NGO Kesihatan anda berminat untuk turut serta, daftar sekarang:


Untuk maklumat lanjut atau soalan:




PAUTAN BERGUNA

Hak Cipta Terpelihara © 2021 - ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (201601041792 / 1212734-T) (ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia)
PENAFIAN: ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari portal ini.